'Jangan buat provokasi', seorang peserta himpunan ditegur

  • 5 years ago
Satu memorandum dihantar kepada Perdana Menteri bagi mendesak memecat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri p. Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran oleh beberapa NGO yang diketuai oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Memorandum itu diterima Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya.

Ketika sidang media yang dilakukan oleh Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya seorang peserta melahirkan rasa tidak puas hati apabila memorandum itu tidak diterima oleh Dr Mahathir sendiri.

Namun peserta itu kemudian ditenangkan oleh pihak penganjur.

Sebelum itu kira-kira 300 penunjuk perasaan hadir menyertai Himpunan Suara Ummah ‘Justice4Adib’ yang diadakan di hadapan Masjid Putra, Putrajaya.

Himpunan yang dianjurkan oleh Ummah itu diadakan bagi menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba, Muhammad Adib pada 17 Disember.

Perarakan dari dataran Masjid Putra ke Bangunan Perdana Putra bermula 2.27 petang diiringi selawat dan laungan takbir, serta laungan ‘pecat Waythamoorthy!’ 'pecat Kulasegaran’ dan ‘keadilan untuk Adib’.

Recommended