Permohonan Rahim Thamby Chik sertai BERSATU ditapis - Dr M

  • 6 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menimbang permohonan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik untuk menyertai parti itu.

Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata setiap permohonan akan ditapis terlebih dulu dan bukan terus diterima.

“Kita akan timbanglah. Kalau dia sesuai boleh terima tapi kalau dia tak sesuai kita tak boleh terimalah. Kita bukan terima semua orang, setengah kita kena kaji dulu,” kata Dr Mahathir di Cyberjaya hari ini.

Semalam Rahim mengumumkan keluar Umno dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Bersatu.

Rahim berkata, beliau bertindak keluar Umno dan memohon menyertai Bersatu kerana Umno kini sudah tidak mempunyai roh perjuangan membela nasib orang Melayu dan roh itu sudah berhijrah ke Bersatu.