MP Tanah Merah sebak...ini satu keputusan sukar
  • 5 years ago
Anggota Parlimen Tanah Merah yang juga Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengumumkan keluar parti hari ini sebak ketika membuat keputusan mengenai karier politiknya.

Kata Ikmal Hisham, keputusan itu diambil setelah memikir dengan semasak-masaknya demi masa depan penduduk Tanah Merah yang diwakilinya selain mahu mengembalikan kuasa Melayu dan Islam.