Dialog, perbincangan, penjelasan langkah kerajaan dekati golongan syiah

  • 6 years ago
Dialog, perbincangan dan penjelasan antara langkah yang diambil kerajaan dalam mendekati golongan syiah di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya termasuk beliau sendiri sedia untuk turun padang sekiranya terdapat bukti diajukan bagi mendekati golongan syiah yang dikatakan semakin menular ketika ini.