Galak belia niaga, kerajaan negeri tambah gerai penjaja

  • 6 years ago
Kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu peniaga kecil terutama golongan belia yang baru berjinak menceburi bidang perniagaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata antara inisiatif tersebut adalah usaha menambah gerai atau petak penjaja di kawasan yang dikenalpasti.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab hari ketiga sidang DUN Selangor hari ini.

Recommended