China negara yang kuat, tak bijak lawan mereka - Dr M
  • 6 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak bijak bagi Asean, termasuk Malaysia, untuk mengambil pendirian konfrontasi terhadap China.

Mahathir berkata negara-negara Asean boleh membantah tuntutan China terhadap Laut China Selatan tetapi kuasa besar itu dengan mudah boleh mengabaikannya.

"Itulah sebabnya Malaysia mempunyai sikap yang sedikit berbeza dalam hal ini. Kami menerima bahawa China adalah negara yang kuat dan kami tidak boleh berperang dengan China.

"Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai beberapa cara diplomatik untuk berunding dengan China," katanya dalam wawancara bersama ThaiPBS mengenai isu-isu antarabangsa.