Rakyat perlu semangat patriotisme beli produk tempatan - Dr M

  • 6 years ago
Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong membeli produk tempatan sehingga dikenali dunia sebagai produk berkualiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata rakyat Jepun bertindak membantu apa juga industri negara mereka termasuk industri automotif kerana mempunyai semangat patriotisme secara praktikal.

Pada permulaan Jepun menceburi bidang automotif, keluarannya tidak begitu tinggi mutunya namun sokongan rakyatnya yang patriotik menyebabkan industri itu dapat diperbaiki lagi. - Bernama

Recommended