Selepas KJ, Wee pula persoal Majlis Penasihat Kerajaan
  • 6 years ago
Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan kuasa yang telah diberikan kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Katanya, terdapat beberapa kes di mana CEP seolah-olah telah membuat keputusan untuk kerajaan dan mempersoalkan jika mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

CEP ditubuhkan untuk menasihatkan kerajaan mengenai hal-hal ekonomi dan kewangan dan akan dibubarkan selepas 100 hari Pakatan Harapan berkuasa.

Pagi tadi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut mempersoalkan kuasa CEP yang dilihat melampaui kuasa kerajaan.