SST buat beban rakyat bertambah - Najib

  • 6 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) amat meresahkan rakyat kerana harga barangan dijangka naik.

Katanya, kenaikan itu sekurangnya-kurangnya sepuluh peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan sekali gus memberikan kesan berganda berbanding pelasaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen Ke-14 hari ini, yang menyokong pemansuhan GST.

Recommended