ADUN DAP diugut bunuh
  • 6 years ago
Seorang ADUN DAP Pulau Pinang menerima ugutan bunuh susulan fitnah berniat jahat yang mendakwa beliau akan menyerang semua institusi Islam, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), demi partinya.

ADUN Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata, ugutan itu melalui nota yang ditemui di peti surat rumahnya pada pukul 3.30 petang semalam.

Nota tulisan tangan itu tertulis "Maut menanti kamu!" dan disertakan dengan risalah berisi dakwaan bersifat fitnah bahawa beliau berikrar untuk menyerang semua institusi Islam demi DAP.