KUALA LUMPUR 7 Mac - Sebuah syarikat pengeluar tudung terkemuka Fareeda Production Sdn. Bhd., (Fareeda) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas sembilan pertuduhan lewat membayar upah, membuat potongan upah dan gagal membayar upah untuk kerja lebih masa terhadap empat pekerjanya, dua tahun lalu.