Pelancong domestik sumbang RM48.4 juta pada 2016

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pelancong domestik menyumbang sebanyak RM48.4 juta kepada industri pelancongan negara pada 2016, peningkatan sebanyak 9.4 peratus berbanding RM44.2 juta yang dicatatkan pada tahun 2015.

Dr. AMMAR ABD. GHAPAR

Menurut Pengarah Bahagian Domestik dan Acara, Kemneterian Pelancongan dan Acara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, pendapatan sektor pelancongan domestik menunjukkan purata peningkatan sebanyak lima peratus sejak tiga tahun lepas.

Jelas beliau, peningkatan itu kesan daripada pertambahan minat rakyat tempatan untuk bercuti di dalam negara kerana kos perbelanjaan jauh lebih rendah berbanding melancong ke luar negara.

Beliau ditemui Utusan Online selepas menghadiri sidang media MITA Travel Fair (MTF) 2018 di sini hari ini menambah, statistik kementerian turut menunjukkan jumlah pelancong domestik pada 2016 meningkat kepada 66 juta berbanding 62.7 juta pada 2015.

Disyorkan