2,709 mangsa dipindahkan di SPU

  • 6 tahun lalu
BUTTERWORTH 5 Nov. - Sebanyak 2,709 mangsa daripada 603 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU) setakat pukul 6 petang ini.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, antara pusat pemindahan dengan mangsa teramai adalah Sekolah Kebangsaan Bertam Indah dengan 690 mangsa, Kubang Menerong (431 orang) dan Dewan Masjid At Taqwa, Mak Mandin (107 orang).

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.