Busker BraderHud

  • 6 tahun lalu
Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 1 September yang secara kebetulannya jatuh pada Hari Jumaat baru-baru ini, kumpulan busker BraderHud berkongsi pentas Panggung Utusan menghiburkan para penonton segmen yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azihal Bangsawan.

Segmen Busking Bersama Buskers @UtusanOnline dihoskan oleh Apak bersiaran secara live, dua minggu sekali pada Hari Jumaat.

Busking Bersama Buskers akan bersiaran secara live pada 15 September pukul 5 petang. - UTUSAN ONLINE