Murid tahun 6 ditemukan lemas

  • 6 tahun lalu
TANGKAK 12 Ogos - Seorang murid lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebatang anak sungai di Kampung Sri Menanti, Batu 22 Sengkang di sini pukul 8.45 pagi ini dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semalam.

Mangsa, Mohd. Afiq Zahran Zamri, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sengkang dilaporkan hilang sejak pukul 5 petang semalam selepas dipercayai sedang bermandi dengan rakan-rakannya di anak sungai berkenaan.