Wanita maut, dua anak saudara cedera kereta rempuh lori

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM 4 Julai - Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya melanggar sebuah lori di Jalan Alam Perdana, Kuala Selangor di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri A. Wahab mengesahkan kematian mangsa, Masitah Dimyati, 41, akibat kecederaan parah di bahagian kepala semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi. 

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.