Amanat Presiden Pas Akur arahan dan keputusan parti

  • 6 tahun lalu
ALOR SETAR 28 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan memberi ingatan kepada para ahli agar akur dengan setiap arahan parti dalam melaksanakan strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ingatan berkenaan merupakan rumusan kefahaman para perwakilan yang menghadiri sesi Amanat Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang diadakan di Kompleks Pas Kedah dekat sini malam tadi.

Menurut Yang Di Pertua Pas Kawasan Tenggara, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai isu hubungan tahaluf siyasi secara khusus, beliau mengingatkan perwakilan bahawa pendekatan Pas dalam soal berkenaan sentiasa bersandarkan Al-Quran serta hadis dan usul tahaluf siyasi itu adalah kehendak perwakilan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/amanat-presiden-pas-akur-arahan-dan-keputusan-parti-1.475457#ixzz4fcblkmGx
© Utusan Melayu (M) Bhd