Pasangan kekasih disyaki edar 3.6kg heroin diberkas

  • 6 tahun lalu
IPOH 10 April - Polis memberkas sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 3.6 kilogram di tepi jalan di Taman Intan, Parit Buntar, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata, tangkapan terhadap lelaki dan wanita masing-masing berusia 36 dan 34 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dan Kerian pada pukul 10.30 malam.

Katanya, dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM90,500 dan boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,000 penagih.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine selain masing-masing mempunyai tujuh rekod lampau bersabit dadah,” katanya. - UTUSAN ONLINE