Perjalanan terakhir seorang murabbi, Haron Din
  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 17 Sept.- Jenazah tokoh ulama, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS).
Menerusi catatan di akaun Facebook Tuan Guru Haron Din (Offical) anak Allahyarham, Dr. Huda Haron memaklumkan jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia).
“Alhamdulillah. Tanpa rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima kasih dari kami sekeluarga,” catat Dr. Huda dalam Facebook tersebut.

Berita lanjut di http://www.utusan.com.my/berita/politik/jenazah-haron-din-selamat-dikebumikan-1.383790#sthash.j7f9IY2u.dpuf