Sambutan wira untuk Pocket Rocket Man

  • 6 tahun lalu
Sambutan menyambut kepulangan Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Rio De Jenerio hari ini mengharukan perasaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2016.Azizulhasni ketika dikerumuni pemberita yang menunggu ketibaan beliau bersama jurulatihnya John Beasley melahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan kepadanya.Kata Azizulhasni, kejayaannya meraih pingat gangsa dapat member inspirasi kepada para atlet lain bahawa rakyat Malaysia juga mampu lakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara tanpa mengira apa pun bidang yang diceburi.Menyentuh tentang isu beliau bersama Menteri Besar Terengganu, Azizulhasni memberikan jawapannya. Ikuti rakaman video yang disunting oleh DANIEL ZAINI. – UTUSAN ONLINE