Animasi Ummi... Ceritalah Pada Kami kini dalam versi DVD

  • 6 tahun lalu
SIRI animasi kanak-kanak Ummi... Ceritalah Pada Kami (UCPK) yang mendapat sambutan hangat ketika
ditayangkan di sebuah stesen TV swasta pada 2011, kini dipasarkan dalam bentuk cakera padat digital
(DVD).

Pengeluaran DVD tersebut hasil kerjasama Hud Hud Media Sdn. Bhd. (HHMSD) selaku penerbit rancangan
kanak-kanak berkenaan dengan Inteam Records sebagai pengedar eksklusifnya.

Menerusi kerjasama itu, Inteam Records akan mengedarkan UCPK bagi siri pertama animasi tersebut
untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura.

Siri animasi UCPK sebelum ini telah menembusi pasaran antarabangsa apabila ia ditayangkan di 30 buah
negara.

Ikuti rakaman sepanjang majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE