Mira mahu jadi pemain dram bertaraf dunia

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Nur Amira Syahira menyimpan hasrat mahu memahatkan namanya sebagai pemain dram bertaraf dunia suatu hari nanti.

Hasrat itu dilahirkan oleh adik Mira yang baru berusia 12 tahun tetapi mempunyai bakat muzik yang amat besar.

Melihatkan kepada potensinya bermain dram, Mira yang hadir sebagai tetamu Jom Chat baru-baru ini juga menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di luar negara.

Kebolehan bermain dram dengan baik membuatkan nama si cilik ini menjadi viral dalam laman soial Facebook.

Tidak hairanlah, anak kelahiran Pulau Mutiara ini mempunyai ratusan ribu pengikut di laman Facebook.

Mira secara terus terang memberitahu, beliau tidak mahu dirinya dipandang sebagai artis.

"Ini kerana Mira bukan artis. Mira mahu menjadi pemuzik dan bermain dram ialah hobi Mira," katanya.

Bagi mereka yang terlepas mengikuti Jom Chat secara langsung, apa kata anda saksikan rakaman video Jom Chat dengan Nur Amira Syahira. - UTUSAN