Kambing golek The Aston Nilai sempena Ramadan
  • 6 tahun lalu
Terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, hotel The Aston yang terletak di Nilai bakal memberikan kelebihan untuk pengunjung berbuka puasa sempena ketibaan bulan Ramadan ini.

Dengan hanya RM65 (sebelum GST), pengunjung boleh menikmati sebanyak 150 sajian pelbagai rasa di The Aston.

Yang paling menarik ialah sajian kambing golek yang akan diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan selain ayam goreng berempah yang akan digoreng panas-panas.

Mereka yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) dan klia2 boleh menjadikan Tha Aston sebagai persinggahan untuk berbuka puasa sebelum meneruskan perjalanan.

Hubungi 06-7998888 atau layari laman web www.theastonhotel.com.myuntuk keterangan lanjut.