Waspada tipu daya Ah Long - Bahagian 2

  • 6 tahun lalu
Ilmu itu kekuatan. Dewasa ini, semakin ramai yang terpadaya dengan tipu helah golongan peminjam wang tidak berlesen - ah long sehingga menjebakkan diri ke dalam pelbagai kancah masalah yang menjejaskan diri dan keluarga.

Siri video khidmat masyarakat Utusan Online bersama Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) dan Persatuan Pemberi Pinjaman Berlesen (MILMA) ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada anda tentang golongan ah long agar anda semua boleh mengelak dari terjebak dengan tipu daya mereka.