Utusan Online Sembang Agama bahagian 3
  • 6 tahun lalu
Sembang Utusan Online pada kali ini berbicara tentang topik Agama. Penglibatan pasangan remaja Islam dalam sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari dianggap oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang mengikut peredaran masa. Pada mereka, tidak ada salahnya menyambut satu hari untuk menyatakan rasa kasih sayang terutama bagi pasangan merpati dua sejoli. Sebab itu, mereka sentiasa menunggu-nunggu kedatangan Hari Kekasih sebagai saat menyatakan cinta agung kepada pasangan masing-masing. Kerana terlalu obses kepada hari ini, kita dapati ada sebilangan pasangan Muslim yang hanyut sehinggakan turut melakukan dosa seperti berpeluk cium antara yang bukan mahram. Sedangkan, sambutan Hari Kekasih di negara Barat adalah lebih beradab di mana mereka menghimpunkan ahli keluarga untuk menyatakan rasa kasih sesama sendiri. Oleh itu, Sembang Online Utusan mengadakan temu bual dengan pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali dan Pegawai Perancang Bahasa (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohamad Salahuddin Mohamed bagi mengupas isu ini. Sembang Online yang diadakan Jumaat lalu dikendalikan oleh dua pemudah cara iaitu Pengarang Agama Utusan Malaysia, Mohd. Radzi Mohd. Zin dan Wartawan Online Kosmo!, Nurul Anuar.