Farmasi Klinik Kesihatan Tampin musnah dalam kebakaran

  • 6 years ago
Perkhidmatan Klinik Kesihatan Tampin dekat sini dipindahkan ke Klinik Pakar Hospital Tampin, berkuat kuasa hari ini, susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan farmasi klinik berkenaan pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali berkata kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Dalam satu kenyataan, katanya, berdasarkan pemeriksaan mendapati hanya unit farmasi klinik kesihatan tersebut sahaja mengalami kerosakan dan tidak melibatkan bahagian lain.

Perkhidmatan klinik berkenaan akan dipindahkan sementara waktu ke Klinik Pakar, Hospital Tampin serta-merta sehingga kerja-kerja membaik pulih kerosakan selesai dilaksanakan dalam masa terdekat.

Recommended