'Reformasi institusi bererti tiada lagi kes seperti 1MDB'

  • 6 years ago
Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) sedang berusaha untuk melaksanakan pembaharuan dalam negara bagi mencegah berulangnya suatu lagi kejadian seperti kes 1MDB.

"Kami tak hanya menyorot kes 1MDB.

"Kami sememangnya melihat pembaharuan institusi SPRM dan agensi lain seperti polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Kami menanggapi semua itu kerana kami tidak mahu berlaku satu lagi 1MDB di negara ini," kata ahli IRC, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas IRC memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Recommended