Neymar patah kaki
  • 6 years ago
Pemain termahal dunia ketika ini, Neymar mengalami patah kaki.

Laporan menunjukkan Neymar mengalami patah pergelangan kaki ketika aksi bertemu Marseille awal pagi semalam.

Neymar mendarat buruk selepas dicabar pemain lawan, Bouna Sarr dan kelihatan mengalami kesakitan hingga memaksa beliau dikeluarkan.

Pada sidang akhbar selepas perlawanan jurulatih Unai Emery optimis Neymar akan pulih tetapi selepas kenyataan kelab hari ini kaki pemain itu turut mengalami metatarsal retak.

Ini sekaligus memberi gambaran Neymar bakal terlepas aksi timbal balik Liga Juara Juara bertemu Real Madrid pada 7 Mac ini.

"Ujian yang dijalankan hari ini (ultrasound dan CT) mengesahkan anterior luar pergelangan kaki kanan terseliuh tetapi juga berkaitan dengan metatarsal kelima," kata PSG.