Larian pantas Mbappe ketika serangan balas untuk gol ke-3 PSG

  • 6 years ago
Kylian Mbappe mempamerkan larian menakjubkan untuk menjaringkan gol ketiga buat Paris Saint-Germain F.C ketika bertemu Lille.

Semuanya berpunca dari sepakan sudut terakhir perlawanan yang dimiliki Lille, namun PSG berjaya menafikan percubaan itu dan melakukan serangan balas pantas.

Mbappe membawa bola dari tengah padang dengan larian cukup pantas dan dengan mudah menjaringkan gol kerana penjaga gol sudah tidak berada di tempatnya.

Tiga pemain cuba menghalang Mbappe namun gagal.