Lensa AWANI: Gunung Gap dan Ulu Semangkuk - Keindahan diselimut kabus sebelum hujan

  • 7 years ago
Pendakian ke Gunung Gap dan Ulu Semangkuk, dua lokasi berhampiran Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Bukit Fraser, Pahang menjanjikan keindahan yang menenangkan sepanjang perjalanan ke puncak.

Pemandangan indah di puncak Gunung Ulu Semangkuk setinggi 1,394 meter benar-benar mendamaikan selain tumpuan seketul batu penanda untuk untuk bergambar sekali gus membuktikan pendaki sampai di puncak Gunung Gap setinggi 1,183 meter.

Apa-apapun, semuanya bergantung kepada keadaan cuaca apabila kita sudah berada di puncak. Seandainya cerah, bersyukur namun jika sebaliknya, keindahan itu tetap dinikmati dalam citarasa tersendiri. Ekspedisi Lensa AWANI meneroka kepelbagaian khazanah alam semula jadi.


Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Visit http://www.astroawani.com for more news.

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani