Penjual kosmetik didakwa pukul remaja

  • 6 years ago
Seorang penjual kosmetik dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua pertuduhan iaitu mencederakan serta mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat, Kota Bharu.
Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 27, bagaimanapun minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.