Tiada cadangan ganti BR1M dengan baucar barangan

  • 6 years ago
Kerajaan tidak bercadang menggantikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) daripada bayaran tunai kepada kupon atau baucar barang seperti Program Bantuan Khasiat Makanan (SNAP) di Amerika Syarikat. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan berjanji bantuan itu diberi dalam bentuk tunai dan akan dinaikkan sehingga seribu RM200 dalam masa lima tahun sejak pelaksanaannya pada 2012.