SPR tidak menolak kemungkinan PRK berjalan serentak

  • 7 years ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua pilihanraya kecil, Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin mungkin diadakan serentak. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof, berkata ini kerana beza tarikh antara kedua-dua kekosongan kerusi terbabit adalah dekat.