JDT pasukan pertama Malaysia ke akhir Piala AFC

  • 7 years ago
Johor Darul Ta'zim melakar sejarah menjadi pasukan pertama tanah air melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan di laman facebook Johor Southern Tigers.

Antara lain ia menyebut, JDT mara berikutan pembatalan perlawanan pusingan kedua separuh akhir dengan Al-Qadsia, dijadual 20 Oktober ini.