Tiga lagi penyokong diminta serah diri

  • 7 years ago
Polis meminta tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lepas supaya menyerah diri. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu atau mengenali individu yang terlibat turut diminta menghubungi pihak polis.

Recommended