Perkembangan banjir di Pantai Timur

  • 6 years ago
Perkembangan banjir di Pantai Timur. Keadaan banjir di dua negeri , Terengganu dan Kelantan semakin buruk apabila hampir lima ribu mangsa kini dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir. Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan dua jajahan iaitu Machang dan Kuala Krai menjadi kawasan baru terbabit banjir. Menurut portal banjir kerajaan negeri, jumlah mangsa meningkat kepada 2,084 orang malam ini berbanding 1,295 petang tadi dengan 29 pusat pemindahan dibuka. Di talian ketika ini ialah wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhammad.