Sinar baru anak-anak Syria

  • 6 years ago
Imej kanak-kanak Syria yang viral Ogos lalu, Omran Daqneesh yang badannya berlumuran darah dan diseliputi debu runtuhan simbol kekejaman ke atas orang awam di Aleepo masih segar di ingatan kita. Omran masih hidup malah ratusan ribu lagi anak Syria senasib dengannya hidup tanpa ibu atau bapa yang terkorban akibat perang. Keluarga Syria yang terdesak, mereka tiada pilihan selain melarikan diri ke kawasan selamat biarpun terpaksa berjalan berhari-hari, mendaki bukit serta terdedah dengan serangan bom dan tembakan senjata berat. Ikuti laporan wartawan Astro AWANI, Nazri Kahar dan jurukamera Sallehin Hussain yang berkesempatan berkongsi kisah anak-anak Latakiyya di Yayladaghi di sempadan Turki Syria.