Analisis Awani: Pasar tani turun harga

  • 7 years ago
Pengguna terus melahirkan kekesalan kerana harga barang keperluan masih mahal, walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali sejak penghujung Disember lalu.

Sehubungan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA mengambil langkah ke hadapan dengan menganjurkan kempen jualan turun harga.

577 pasar tani di seluruh negara menyertai kempen ini dengan hampir 73 jenis produk makanan harian disenaraikan..

Fama menurunkan harga sehingga 20 peratus membuktikan apa juga alasan peniaga sebelum ini tidak boleh diterima.

Recommended