Kilang Lynas keluar sisa radioaktif tahap rendah

  • 7 years ago
Pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas dekat Kuantan, mengeluarkan paras sisa radioaktif yang sangat rendah. Keputusan itu dibuat pasukan pakar IAEA selepas misi pemeriksaan susulan bebas bagi mengkaji semula keselamatan radiasi di kemudahan pemprosesan nadir bumi terbabit.