Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dijangka dibuka semula pada awal September ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun bagaimanapun berkata kapasiti pendaki akan dikurangkan separuh daripada jumlah biasa.
Ini bermakna, jika sebelum ini, kuota 192 pendaki dibenarkan mendaki pada satu-satu masa, jumlah itu kini dikurangkan kepada kira-kira 90 sahaja pada peringkat permulaan sebagai langkah keselamatan.