Kerjasama tentera Asean banteras militan IS

  • 6 years ago
Angkatan tentera 10 negara anggota asean bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam usaha untuk memerangi ancaman militan IS. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kerjasama itu adalah dalam aspek perkongsian maklumat risikan yang merupakan elemen penting dalam usaha mengesan serta memantau pergerakan anggota dan penyokong IS di rantau ini.