Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kesal kerana pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik mereka tidak mendapat sambutan pihak pembangkang.
Ia menimbulkan tanda tanya, sama ada DAP dan PKR mempunyai dana yang tidak sepatutnya diperoleh, apabila mereka enggan dan tidak menyatakan pendirian berhubung cadangan itu sehingga hari ini.