Khairy Jamaluddin redah perjalanan 12 jam masuk pedalaman Sarawak

  • 6 years ago
Bagi menyelami kehidupan sebenar penduduk di kawasan pedalaman terpencil, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin meredah perjalanan lebih 12 jam untuk sampai ke Long Busang, di daerah Belaga, Sarawak. Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mengetuai rombongan kira-kira 200 pemimpin pemuda BN seluruh negara untuk berkampung di rumah panjang Long Busang sempena Program Pemuda BN Untuk Masyarakat. Laporan Tan Su Lin.

Angka kematian Akibat Taufan Mujigae yang melanda China dan terbaru di Filipina kini mencecah lapan orang.

Bencana itu turut menyebabkan ramai nelayan masih hilang.