Penstabil rosak, masalah hidraulik mungkin punca nahas

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video


Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih, 4 April lalu, mendedahkan masalah roda pendaratan kiri helikopter yang terbenam sedalam 50 sentimeter di tanah lembap ketika mendarat. Ini menyebabkan kerosakan teruk pada penstabil bahagian kiri helikopter yang memungkinkan helikopter berkenaan mempunyai masalah teknikal. Selain itu, terdapat kesan kebocoran cecair hidraulik berlebihan kira-kira 10 meter di lokasi pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku. Biarpun maklum tentang masalah dihadapi helikopter itu, data perakam suara mendedahkan juruterbang helikopter tidak melakukan sebarang pemeriksaan sebaliknya meneruskan penerbangan.