Polis menyerbu pejabat timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi, malam tadi.
Menurut sumber SPRM kepada Astro Awani, serbuan selama dua jam bermula pukul 7 malam oleh beberapa pegawai cawangan khas itu turut merampas sejumlah dokumen yang mempunyai kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad, (1MDB)