Seorang pekerja memasang perancah maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan serba guna (SUV) kira-kira jam 9 pagi Isnin di Jalan Citrus Velley, berhampiran Kampung Delong Dungun, Terengganu. Hasnam Daud,38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.