Tiada kubur PATI atau kem penyeludupan di Malaysia

  • 6 years ago
Tiada kem penampungan atau kubur-kubur pendatang asing warga Rohingya dikesan di negara ini.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim, dalam satu kenyataan menjelaskan, perkara itu disahkan polis yang menjalankan siasatan mengenainya, di dalam kawasan Malaysia.

Menurutnya, senario semasa di sempadan Malaysia-Thailand, lebih menjurus kepada aktiviti jenayah penyeludupan migran berbanding jenayah pemerdagangan orang.