Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan kononnya penyokong mereka terbabit dalam kekecohan di Stadium Negeri, Kuching , Sarawak, Sabtu lalu. Ini kerana PAFA mendakwa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sudah memaklumkan sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan menjual tiket kepada penyokong Perak.