Tiga negara utama, Malaysia, China dan Australia yang terlibat dalam misi pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 bersetuju melaksanakan penyeragaman media. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari langkah itu bagi menyalurkan maklumat dalam memastikan urusan pencarian tidak terganggu.