Rakyat Malaysia dijemput bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 yang diadakan di seluruh negara, terutamanya di Dataran Merdeka. Selain melihat perarakan, orang ramai boleh menyertai pelbagai acara yang dianjur bertujuan menyemarakkan lagi semangat cinta negara di kalangan masyarakat.